Kayu manis Ceylon memberi manafat kepada kesihatan dalam pelbagai cara dan ia telah digunakan untuk tujuan perubatan di seluruh dunia semenjak berabad-abad lamanya. Oleh kerana itu, banyak kajian dilakukan terhadap komuditi ini dan hasilnya jelas membuktikan keberkesanan perubatan dari kulit kayu purba ini. Antara Khasiat Kayu Manis Ceylon Cinnamon adalah :
- Mengawal kandungan gula dalam darah
- Bertindak sebaga anti-radang yang boleh mengurangkan sakit sendi dan otot, terutamanya sakit sendi yang berkaitan dengan artritis.
- Memberi manfaat kepada kesihatan jantung dengan memperbaiki peredaran darah serta menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.
- Memperbaiki kesihatan penghadaman dan melegakan ketidakselesaan perut.
- Melegakan ketidakselesaan berkaitan dengan kitaran haid wanita.
- Membantu melegakan kesesakan hidung atau resdung
- Membantu membunuh dan mencegah pertumbuhan bakteria bahaya serta mencegah jangkitan saluran kencing,
- Agen anti oksidan